Putrajaya, Kuala Lumpur,
Malaysia
Putrajaya atau nama rasminya
Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala
Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25
kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya
futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan.
Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang
Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya
mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur,
sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh
anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.
Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan
aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya
Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan
menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di
Jepun.
Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina
untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran
permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai
dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland
Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk
bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi,
pendidikan dan penyelidikan.
Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya
Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan
dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial,
kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula
beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras
kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di
peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Sejarah
Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan
Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995,
pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad
atau PETRONAS - syarikat petroliam kebangsaan (64.4%);
Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan
Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).
Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan
Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk
menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan
di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing.
Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga
telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi
pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi
kejayaan Malaysia.
Lihat juga Perutusan upacara menandatangani perjanjian
penubuhan Putrajaya
Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera
yang sangat berjaya . Ini bermaksud warga Malaysia yang
berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya
menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat
Putrajaya, ianya seakan-akan Washington DC di Amerika
Syarikat, Canberra di Australia, dan Brasilia di Brazil.
Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah
menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam
lingkungan jajahan Serdang.
Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul
Rahman Putra al Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang
pertama.
Pengangkutan
Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk
menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan
menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada
strategi-pengangkutan ini adalah :
- untuk menyediakan
penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari
pencemaran bunyi dan udara.
- untuk memaksimakan
penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk
menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik
dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
- untuk memberi keutamaan
kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus
mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
- untuk mempromosikan
konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk
meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu
dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke
kawasan yang hendak dituju.
Sistem Pembangunan
Pengangkutan
Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya
bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya.
Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :
- Jaringan jalan raya
antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti
Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
- Direka sesuai dengan
perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa
hadapan (Cth : pembesaran jalan)
- Sesuai dengan polisi
untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di
dalam presint-presint dan secara tidak langsung
menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Jalan Raya
Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri
daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan (North
South Central Expressway Link , NSCEL) dan Lebuhraya Selatan
Lembah Klang ( South Klang Valley Expressway. SKVE terletak
di utara Putrajaya dan akan disambungkan ke sebuah lagi
lebuhraya di mana tidak ada sebarang bayaran tol yang
dikenakan. Putrajaya dikelilingi oleh beberapa lebuhraya dan
jalan utama:
- South Klang Valley
Ekspressway (SKVE)
- North South Central
Expressway (NSCEL)
- Lebuhraya
Puchong-Damansara
- Lebuhraya KL-Seremban
- Lebuharaya KL-Putajaya
Expressway Lingkaran Tengah
Sdn Bhd (ELITE) telah dipertanggungjawabkan untuk mereka
bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran
Lebuhraya Utara-Selatan Sentral Link (NSCEL) dan Lebuhraya
KLIA. NSCEL yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan
Shah Alam berhampiran Lebuhraya Klang Baru (NKVE), menuju
selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan
NSECL di Persimpangan Nilai.ELITE sedang berada dalam fasa
terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka
bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala
berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya
dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wilayah_Persekutuan_Putrajaya
|
|